fbpx
Now Reading
Saya Memohon Maaf Atas Nama Rakyat Indonesia – Menteri Indonesia Mohon Maaf Isu Rusuhan

Saya Memohon Maaf Atas Nama Rakyat Indonesia – Menteri Indonesia Mohon Maaf Isu Rusuhan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakan Sejawat Syed Saddiq dari Indonesia, Imam Nahrawi memohon maaf kepada Menteri Belia dan Sukan itu berhubung insiden rusuhan yang terjadi semasa perlawanan bola kelayakan piala dunia di Stadium Utama Bung Karno malam tadi.

Lihat artikel berkaitan : Saya Janji Akan Tuntut Keadilan -Syed Saddiq

Imam yang juga Menteri Pemuda dan Olahraga  menemui Syed Saddiq pagi tadi (jumaat) di satu pertemuan di Jakarta bagi mengemukan permohonan maaf beliau secara peribadi.

“Kehadiran saya untuk menyampaikan permohonan maaf secara langsung atas nama rakyat Indonesia dan juga pemerintah kepada menteri Syed Saddiq atas kekacauan penyokong yang kita lihat bersama,” kata Imam yang dipetik media Indonesia

Kekecohan yang menyebabkan perlawanan dihentikan pada minit ke 75 Foto : Metro

Dalam masa yang sama Imam juga berharap pertemuan dia dengan Syed Saddiq akan menjernikahkan keadaan dan dalam masa sama berharap persahabatan antara kedua-dua negara yang sudah terjalin sejak sekian lama tetap utuh.

Antara rakyat Malaysia yang tercedera semasa insiden rusuhan semalam.

Syed Saddiq yang menyambut baik permohonan maaf Imam bagaimanapun meminta agar tindakan tegas dikenakan kepada mereka yang menimbulkan kekecohan di sana semalam.

“Kami ucapkan terima kasih atas pendirian tegas Pak Imam (Nahrawi) untuk pastikan bahawa akan berlaku keadilan pada masa depan.

“Bahkan beliau (Imam) juga sudah berhubung dengan pihak polis untuk memastikan tindakan tegas akan diambil,” tegas Syed Saddiq.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.