fbpx
Now Reading
Nak Travel Ke Europe Pada 2021 Atau Selepasnya? Anda Wajib Baca Ni

Nak Travel Ke Europe Pada 2021 Atau Selepasnya? Anda Wajib Baca Ni

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tanyalah pada orang kita yang suka melancong, tak kira lah jenis backpack atau pun percutian mewah ala-ala selebriti , destinasi manakah yang paling mereka impikan walapun hanya sekali dalam seumur hidup.

Pasti jawapan mereka ialah UK dan Eropah ( yang kebanyakan terletak di kawasan Schengen)

Yelahkan? Selain kota London yang berdekatan, Disini terletaknya beberapa bandar popular dan penuh sejarah seperti Paris , Milan, Barcelona , Munich , Amsterdam, Rome dan banyak lagi. Malah bandar besar seperti Brussells, Oslo, Stockholm, Zurich dan Lisbon juga terletak di bawah kawasan Schengen.

Negara EU Semuanya di bawah Schengen kecuali UK, Ireland , Croatia, Cryprus, Romania dan Bulgaria

Siapa yang berduit mesti tak tunggu punyalah, kasi jalan terus! Haha namun bagi golongan pertengahan, kena kumpul dulu lah sebelum ke sini kan? Visa pulak? Tak perlu! Kita Orang Malaysia bosss!  Yang penting ada duit , book flight pergi dan balik , book hotel di destinasi , itinerary perjalanan, tukar duit dan siapppp!

Terbangggg!

Terima kasih pada passport Malaysia yang hebat!! dan terima kasih kerana Malaysia adalah negara Komanwel.

Namun bermula dari tahun 2021 ada sedikit “kerja tambahan” yang diperlukan sekiranya anda merancang untuk mengunjungi negara-negara Eropah yang terletak di kawasan Schengen ini.

Ini kerana Kesatuan Eropah (EU) telah megimplementasikan satu sistem baru buat para pelancong dari 62 negara yang sebelum ini layak memasuki mana-mana kawasan Schengen tanpa memerlukan Visa untuk memohon kebenaran terlebih dahulu sebelum mengunjungi mana-mana negara Schengen.

Negara-Negara Schengen FOTO : Etias Europe

Jadi kita rakyat Malaysia dalam kategori tu kan! Macam susah je!

Tak susah pun, Sistem yang dipanggil European Travel Information and Authorization System (ETIAS) sebenarnya lebih mudah dari Permohonan VISA Schengen , malah setiap negara maju di dunia seperti UK, US ,Singapura, Jepun  dan Korea juga diwajibkan untuk memohon ETIAS sama seperti Malaysia.

Negara yang memerlukan ETIAS untuk ke kawasan Schengen Foto : Etias Europe

Malah permohonan ETIAS ini juga sangat mudah,hanya perlu dilakukan secara online sahaja, tak perlu ke kaunter VFS macam apply Visa .Kos permohonan pun tak de lah mahal sangat, hanya € 7 ( RM 33) per individu manakala bawah mereka di bawah umur 18 tahun adalah dikecualikan dari sebarang pembayaran. Pastikan juga ada membuat permohonan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum berlepas.

Selepas anda menghantar permohonan secara talian, ETIAS akan menyemak data anda. Selain itu mereka juga akan membuat beberapa tapisan keselamatan dengan bantuan agensi keselamatan seperti Interpol, Europol , Eurodas bagi memastikan kedatangan anda ke sana bukan sebagai ancaman.

Tak perlu takut ok? Ini hanya untuk faktor keselamatan. Yela da banyak sangat peristiwa pelik-pelik yang terjadi di sana. Jadi  sebagai orang luar kita ikut jelah.

Yang menariknya proses permohonan ini dikatakan hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja dan sekiranya permohonan anda diluluskan, dokumen kebenaran akan dihantar terus ke email anda selepas itu.Kalau dah dapat tu terus lah print dan simpan ye. Anda juga digalakkan untuk menyimpan softcopy kebenaran di dalam Handphone anda secara offline.

Dengan ada nya dokumen tersebut anda layak untuk mengunjungi dan tinggal di mana-mana kawasan di Schengen selama 90 hari dari tarikh anda sampai dan dokumen terbabit sahlaku selama 3 tahun dari tarikh dikeluarkan.

Kat bawah ni kami kongsikan secara infografik, step by step permohonan ETIAS untuk dijadikan rujukan .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.