fbpx
Now Reading
Sharnaaz Ahmad Tolak Tuntuan Cerai Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad Tolak Tuntuan Cerai Noor Nabila

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Saya nak fokus pada Jebat dan beri dia kasih sayang. Saya minta doakan baik-baik saja,” katanya dengan nada sebak.

Air mata Noor Nabila Mohd Noor gugur ketika memberikan kenyataan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebentar tadi apabila kes tuntutan perceraian ditolak suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Berikutan penolakan itu, Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail memutuskan supaya kedua-duanya hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Menurut Nabila, dia masih tidak boleh memberikan sebarang kenyataan, namun fokusnya kini hanyalah untuk membesarkan anaknya, Jebat Jayden.

Sementara itu, Sharnaaz yang kelihatan agak tenang menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.

“Reda atau tidak, kita ada mahkamah. Kalau mahkamah perintah JKP kita akan cuba. Kita tengok apa kata JKP punya penyelesaian,” katanya.

Terdahulu ketika prosiding di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, peguam Sharnaaz, Akhbar Din Abdul Kader memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak bersetuju dengan tuntutan perceraian difailkan Nabila.

Bagaimanapun, peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Nabila memberitahu bahawa ketika proses perbincangan, Sharnaaz bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan pada 27 Ogos lalu.

Menerusi permohonan cerai itu, Nabila berkata, dia dan Sharnaaz sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada persefahaman.

Nabila kemudian menfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod, kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila Nabila berkongsi foto dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Perkara itu membangkitkan pelbagai spekulasi dan ada yang mendakwa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Malah, Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Untuk rekod, Sharnaaz, 34, dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos tahun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.