Punca Jerebu Dari Sarawak, Bukan Indonesia?

Indonesia mendakwa negara itu bukan penyebab masalah jerebu menyelebungi Kuala Lumpur ketika ini.

Sebaliknya, kerajaan negara itu menegaskan, jerebu yang mencetus kebimbangan masyarakat di Malaysia datang dari Sarawak.

Dakwaan itu dibuat Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya yang tegas meminta kerajaan Malaysia agar bersikap objektif dan tidak hanya menuding jari pada negara itu.

“Ada informasi yang dia tidak buka. Sebetulnya asap yang masuk ke Malaysia, ke Kuala Lumpur itu dari Sarawak kemudian dari Semenanjung Malaya dan juga mungkin sebagian dari Kalimantan Barat. Seharusnya pemerintah Malaysia objektif menjelaskannya,” kata Siti Nurbaya seperti dilaportkan portal berita Tempo.co. Selain Malaysia, Siti Nurbaya juga mempersoalkan tindakan kerajaan Singapura yang turut mendakwa jerebu yang melanda negara itu berasal dari Riau.

Dakwaan Singapura itu, tegas Siti Nurbaya tidak benar kerana titip api di Riau sudah mula menurun.

“Tidak benar, ada (asap) dari Riau nyeberang ke Singapura. Titik api di Riau sudah turun. Kita punya 46 helikopter yang bekerja di lapangan,” kata Siri Nurbaya mempertahankan negaranya.Dalam masa sama, menteri berkenaan berkata, ketika ini masalah asap lintas negara (trans boundary haze) sudah tidak berlaku lagi.

“Puncak asap tertinggi terjadi pada 8 September pagi, tapi hanya terjadi satu jam kerana angin bergerak ke arah Barat Laut.

“Dari Kalimantan dan Sarawak, Kalimantan Barat, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Jadi jangan bilang hanya dari Indonesia,” ujar beliau lagi.

Siti Nurbaya juga memaklumkan, laporan berhubung masalah jerebu itu sudah disampaikan kepada Presiden Joko Widodo, Menteri Politik dan Hukum, Wiranto serta agensi-agensi berkepentingan yang lain.

Sehubungan itu, Siti Nurbaya berkata, beliau akan menulis surat kepada Duta Besar Malaysia di Jakarta bagi memastikan gambaran yang sebetulnya disampaikan kepada kerajaan.

“Saya akan menulis surat kepada Duta Besar Malaysia di Jakarta untuk diteruskan kepada menterinya. Jadi, saya kira supaya yang betul datanya,” kata Siti Nurbaya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago