‘Single Mommy’ dan Gambar Tak Berpudah Hana Azraa Cetus Tanda Tanya

Status ‘Single Mommy’ menerusi kemaskini bio Instagramnya baru-baru ini cetus tanda tanya hubungan pendakwah bebas PU Abu Sufyan dan isterinya, Hana Azraa.

Hana turut meletakkan sekeping foto tidak berpurdah lagi.

Baik PU Abu mahupun Hana, kedua-duanya juga didapati sudah tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Malah, menerusi kemas kini terbaharu Instastories Hana, usahawan kosmetik itu juga seolah-olah memberikan bayangan keadaannya terkini.

“Kerana tidak ada situasi yang akan bertahan selamanya. Semua akan datang silih berganti sesuai dengan masanya.

“Setiap keadaan yang kita alami saat ini tidak akan sia-sia. Kerana jika kita mengerti pada setiap peristiwa kita akan dapat menemukan hikmah di dalamnya.

“Kerana itu tetaplah percaya dengan yang Maha Baik. Kerana sungguh Allah tak akan pernah mengsia-siakan hamba-Nya.

“Maka teruskanlah sehingga kita bertemu dengan hikmah serta kebaikannya,” tulis Hana.

Terdahulu, Hana pernah mendedahkan hubungannya dan PU Abu sudah ibarat telur di hujung tanduk dan dalam proses bercerai.

Namun, perkara itu dinafikan Abu dan menjelaskan hubungan mereka masih sebagai suami isteri.

PU Abu dan Hana yang berstatus janda anak seorang telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain ‘Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.

PU Abu bernikah dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac menerusi aplikasi WhatsApp.

Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak kedua pada 16 Mei lalu.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun 2019.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago