fbpx
Now Reading
Belasah Bekas Isteri Dan Bapa Mertua Tanpa Belas Kasihan, Ditahan Namun Dilepaskan Polis Sebab Kesihatan

Belasah Bekas Isteri Dan Bapa Mertua Tanpa Belas Kasihan, Ditahan Namun Dilepaskan Polis Sebab Kesihatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam institusi perkawinan, suami adalah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya, yang lebih perkasa fizikalnya dan matang fikirannya berbanding wanita. Selain memimpin, dan menyaratugas mereka adalah melindungi isteri dan anak-anak.

Namun lain pula cerita nya bagi seorang lelaki ini yang yang video nya diviralkan beberapa hari yang lalu di media sosial gara-gara tindakan kejamnya memukul bekas isteri dan bapa mertuanya.

Dipetik dari Harian Metro Difahamkan kejadian berlaku pada 4 Sept 2019, di Jalan Utarid, Sungai Buloh ketika mangsa dan bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah dari Mahkamah di Shah Alam.

Seorang kenalan mangsa yang dihubungi pihak Harian Metro menyatakan bahawa mangsa terpaksa berhenti untuk memeriksa tayar kereta nya yang pancit dipercayai akibat ditoreh .

“Mangsa memberhentikan kenderaannya di bahu jalan untuk memeriksa tayar sebelum menyedari kereta dipandu bekas suaminya berusia 34 tahun berhenti berhampiran.

Posted by Mohd Kamal on Saturday, 14 September 2019

“Suspek kemudian bertindak menghentak kepala mangsa dan bapanya di permukaan jalan sehingga menyebabkan pergelutan,” katanya ketika dihubungi, Harian Metro.

Orang awam yang berdekatan segera meleraikan pergaduhan dan membantu mangsa dan bapanya sebelum suspek  meninggalkan tempat kejadian. Dipetik dari portal cari.my suspek adalah seorang doktor perubatan.

“Lelaki terbabit kemudian beredar dari lokasi manakala mangsa dan bapanya bergegas ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Akibat kejadian itu, bapa mangsa menerima tiga jahitan di kepala manakala mangsa hanya mengalami cedera ringan

Mangsa kemudiannya membuat laporan  di Balai Polis USJ8, Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Shafa’aton Abu Bakar yang dihubungi portal tersebut turut mengesahkan ada menerima laporan mengenai insiden berkenaan. Suspek juga telah ditahan ketika memberi keterangan pada 9 September namun dilepaskan pada hari yang sama atas faktor kesihatan selepas mengemukakan surat rujukan perubatan yang dimilikinya.

“Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh ketika tampil memberi keterangan berkaitan kes itu kira-kira jam 12 tengah hari pada 9 September lalu.

“Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan pada hari sama.

“Suspek turut mengemukakan surat rujukan perubatan memaklumkan dia disahkan mengalami tekanan perasaan,” katanya.

Turut beliau lagi, polis masih menunggu laporan penuh perubatan suspek yang jika dipetik dari portal cari merupakan seorang doktor perubatan.  Difahamkan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Mangsa menceritakan keadaan sebenar di akaun media sosial miliknya pt 1
Mangsa menceritakan keadaan sebenar di akaun media sosial miliknya pt 2

Diharap pihak berkuasa termasuk KKM dapat menyiasat kes ini dan memberikan hukuman yang setimpal kepada suspek yang bukan sahaja sudah mencederakan bekas isterinya malah mertuanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.