fbpx
Now Reading
Kompilasi Gambar Pasangan Berumur Yang Buktikan Cinta Dan Kebahagian Tiada Batas Umur

Kompilasi Gambar Pasangan Berumur Yang Buktikan Cinta Dan Kebahagian Tiada Batas Umur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Persepsi masyarakat kita yang warga emas sudah terlalu tua untuk bercinta menyebabkan pasangan-pasangan berumur di negara kita terlalu malu untuk menzahirkan rasa cinta sesama mereka.

Malah terdapat ramai wanita muda yang takut untuk menjadi tua kerana khuatir yang pasangan mereka akan berubah mengikut perubahan usia dari seseorang yang asalnya romantik namun bertukar menjadi dingin dan kurang memberikan tumpuan ketika menginjak usia.

Untuk lelaki pula banyak yang takut menjadi tua kerana mereka beranggapan  bahawa usia sebegitu akan menghalang mereka dari melakukan banyak perkara, malu untuk kelihatan romantik, malah segan untuk menzahirkan rasa sayang mereka kepada pasangan.

Percaya atau tidak ada yang malu untuk mengungkapkan ‘I Love You’  atau  ‘Saya Sayang Awak’ seperti yang sebenarnya biasa mereka sebut kan sewaktu di usia muda. Itu pun dah malu apa tah lagi nak berpimpin tangan sewaktu berjalan ? Habiskan masa bersama berdua-duaan lagi lah mustahil.

Jika anda salah seorang yang berfikiran sedemikian, scroll ke bawah, kami kongsikan kompilasi gambar-gambar pasangan warga tua dari negara luar yang membuktikan ‘Cinta Tiada Had Batasan” . Comel gais!!

#1 Jom saya bawak abang jenjalan

#2 Rendam kaki dalam air panas sambil santai tepi taman

#3 Popeye dan Olive di usia tua

#4 Wah best rupanya main skateboard

#5 Lama tak peluk abang macamni

#6 Harini kita jenjalan pakai rollerblade ye sayang

#7 Jom makan aiskrim tepi tangga bang.

#8 Berbasikal sambil tengok view tepi pantai.

#9 Sedap kan kongsi air sama-sama

#10 Meh I ikatkan tali kasut U

#11Wangi Isteri Abang

#12 Sedap jugak makan aiskrim sambil hirup udara segar ni

#13 Meh abang ikat kan rambut macam dulu-dulu

#14 Wow mandi sama-sama

#15 Celebrate Halloween bersama

#16 1..2..3! Senyummmmm

#17 Melukis sama-sama macam zaman kanak-kanak kita

#18 “Saya Malas Nak Jalan” “Takpe Abang tolakkan”

#19 Jom jalan-jalan nak naik traktor sambil minum

#20 Jom pakai baju sedondon, Bercinta dari tahun 1952

#21 Ketawa bersama

#22 Kalau hilang kembalikan saya pada Jan

#23 Masih Gelak ketawa bersama walapun dalam kesakitan

Romantik Bukan?? Malah pelbagai jenis aktiviti yang mereka lakukan bersama. Sepatutnya budak sebegini yang diterapkan pada masyarakat kita. Budaya berkasih sayang sampai bila-bila.

Hentikan stigma kuno yang menyatakan warga tua tidak layak berkasih sayang, menjadi romantis dan sebagainya, kerana persepsi begini hanya menyumbang kepada rasa sunyi dan rasa seperti tidak lagi disayangi oleh pasangan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.