fbpx
Now Reading
Trick Tersembunyi Di Google Yang Kami Rasa Ramai Tidak Tahu

Trick Tersembunyi Di Google Yang Kami Rasa Ramai Tidak Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rasanya semua orang pasti setuju kalau kami katakan Google telah merubah cara hidup manusia. Di mana dahulunya segala maklumat atau info hanya boleh didapati secara fizikal dan hanya berada di tempat tempat tertentu seperti di kedai buku, library, pusat rujukan , arkib negara.

Yelah mana nak dapat sumber penting seperti buku, manual, arkib gambar dan peta, selain dari tempat-tempat tu kan??

Namun dengan kehadiran google kebanyakan benda ni sudah boleh diperolehi hanya dengan melakukan carian di google search

Malah berani kami katakan, jika ada perkara yang membuatkan anda musykil atau memerlukan sesuati info, pasti ada sahaja suara yang akan memberi cadangan “Apa kata kau google” 

Namun disebalik fungsinya sebagai pelayar carian , google sebenarnya ada beberapa trik yang kami yakin setengah dari anda tidak mengetahui. 

Ia hanyalah trik suka-suka namun seronok dilakukan pada waktu lapang anda.

# 1 Askew

Taip askew pada ruangan Google search dan tekan enter.
Lihat perubahannya. Haha. Jangan risau ia hanya sementara. Cuba tunjuk kat korang dan lihat reaksi mereka. Yang 1st time lihat mesti nak ketuk monitor takpon panggil IT maintenance haha.

# 2 Do A Barrel Roll

Sama seperti Askew, taip Do A Barrel Roll dan tekan enter. Ni best buat kat pc kawan ni. Kompem melompat member! hahaha

#3 Atari Breakout

Rasa macam boring? Kebetulan ada masa lapang? ok! apa kata Taip Atari Breakout pada ruangan google search. Selepas carian keluar. Tekan pada tab Images. Selamat bermain game! Haha

Untuk tinggalkan game korang hanya perlu tekan ‘return to image search’

#4 Google Pacman

Boring lagi? Taip je Pacman kat Google Search. Lepas result keluar. Tekan Play. Tadaa. Jangan main lama sangat nanti kerja tak siap. Haha . Game ni di buat sempena 30 tahun pacman sebenarnya

Kalau nak exit tekan butang X kat atas kanan tu

#5 Google in 1998

Nakkan rasa nostalgia google macam dulu-dulu ? Taip je ‘ google in 1998’ dekat ruangan google search. Hehe selamat kembali ke masa lepas!

Apa-apa pun semua ini hanya untuk berseronok je. Bukan untuk tujuan serious.

p/s : List ni akan bertambah dari masa ke semasa . Stay tune!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.