[FOTO] UK Sediakan Laluan Pejalan Kaki Khas Untuk Kaki Handphone
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kami yakin rata-rata orang bersetuju yang handphone pada masa kini adalah antara benda terpenting yang diperlukan dalam kehidupan seharian manusia, yelah untuk berhubung dengan orang lain kan?
Namun ada mereka yang tahap pengunaan nya seperti sudah tidak terkawal dan menghampiri tahap ketagihan, sehingga sanggup menggunakan peranti pintar ini ketika sedang bergerak, seperti berjalan, menunggang motorsikal, memandu dan sebagainya. Bukankah itu membahayakan?
Bagi yang memandu atau menunggang motor pula, undang-undang jalanraya pasti akan menghukum mereka yang didapati bersalah. Bagaimana pula dengan pejalan kaki?
Tiada undang-undang sebegini lagi kan? Kecuali anda menetap di Honolulu lah. Jadi ianya bukan satu kesalahan lah kan?
Ya memang tak salah. Tapi risiko untuk tercedera, terlibat dengan kemalangan, disamun atau sebagainya sangat tinggi
Tak percaya ? Tonton video ni:
Dipetik dari laporan portal Mirror .Sebuah kajian yang di jalankan di UK telah menunjukkan yang 75% rakyat British menyatakan rasa bersalah kerana sering berjalan sambil menggunakan peranti pintar mereka dan yang paling teruk adalah di Manchester.
Disebabkan masalah ini, sebuah laluan khas dua hala bagi mereka yang menggunakan Handphone telah di bina di Hardman Boulevard, tempat tumpuan orang ramai yang terletak di Spinningfilelds, Manchester, United Kingdom.
Laluan yang dilengkapi papan tanda arah sebanjang 75meter (247 kaki) itu dibina dengan harapan dapat membantu golongan pengguna tegar ini dari bertembung dengan orang lain.
Idea ini sebenarnya datang dari Pengarah Urusan AO-Mobile , Richard Baxendale yang berpendapat bahawa pengguna peranti mudah alih itu seharusnya bersikap realistik dan bertanggungjawab dalam cara kehidupan bermasyarakat. Hasil dari kajian AO-Mobile itu, Richard mencadangkan Manchester sebagai tempat pertama untuk laluan pejalan kaki ini.
Kreatif kan?
Sebelum ini sebuah bandar di China , Chongqing sudah pun membuat perkara yang sama pada September 2014.
Mungkin pemerintah di bandar berkenaan terinspirasi dengan sosial eksperimen yang di lakukan oleh National Geographic bagi satu rancangan Mind Over Masses di Washinton DC beberapa bulan sebelumnya .
Menarik kan? Mungkin Malaysia boleh cuba di salah satu tempat popular seperti KL atau Penang? atau JB ?