fbpx
Now Reading
Fesyen Ara Johari di ABPBH Mendapat Pelbagai Reaksi Netizen

Fesyen Ara Johari di ABPBH Mendapat Pelbagai Reaksi Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi Ara Johari menarik perhatian wargamaya apabila tampil menyarungkan busana unik di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH) yang berlangsung baru-baru ini.

Ara mengayakan fesyen ‘boy scout’ dalam persalinan sut biru cair dengan seluar pendek, lengkap bertali pinggang serta stoking paras lutut.

Menerusi laman sosial Facebook, foto Ara bersama penyanyi Masya Masyitah ketika di karpet merah membuatkan warganet meninggalkan komen negatif dan kritikan terhadap citarasa fesyen penyanyi itu.

Rata-rata netizen menyuarakan pendapat seluar pendek dan stoking paras betis yang Ara kerana serba tidak kena. 

Selain pengakap, ada yang menggelarkan Ara seperti seorang mandur ataupun penyelia ladang kelapa sawit.

“Pergh, stoking DIY tu,” komen seorang netizen.

“Dah macam mando ladang kelapa sawit,” ujar seorang netizen.

“Kalau skirt pendek tu sesuai lah. Ni apa pakai seluar pendek. Fesyen designer pun beragaklah. Kesian Ara. Ara pun hangguk je lah, ingatkan lawa,” kata seorang netizen.

“Weyy tali pinggang kau tu, aku ikat buku sekolah masa nak pulangkan buku teks dulu,” kata seorang netizen lagi.

Pada anugerah tersebut, pelakon filem Sangkar Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 32.

Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.