fbpx
Now Reading
“Kenangan 20 September 2019 Menjadi Memori”- Lelaki Bertumbuk di Tol Kini Bersahabat Baik

“Kenangan 20 September 2019 Menjadi Memori”- Lelaki Bertumbuk di Tol Kini Bersahabat Baik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masih ingat lagi dengan insiden pergaduhan antara dua lelaki di Plaza Tol Bukit Kiara yang viral baru-baru ini? Ekoran dari kejadian tersebut kedua mereka telah dihukum penjara sehari dan denda RM 1,000 oleh mahkamah.

Baca artikel berkaitan disini : Padah Bergaduh di Plaza Tol

Difahamkan hukuman penjara mereka telah selesai dan mereka juga telah dibebaskan. Namun sesuatu yang menariknya selepas kisah hitam tersebut, dua lelaki ini tidak lagi bermusuh, malah kini bersahabat baik.

Fazrien, salah seorang dari lelaki tersebut menerusi Facebooknya telah berkongsi kepada kenalan dan masyarakat mengenai apa yang dirasakannya selepas selesai menjalani hukuman tempoh hari.

Dia dan Ng mula berasa menyesal ketika mereka berada di dalam lokap Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bersama hampir 50 banduan lain.

“Melihat suasana dan keadaan mereka (banduan) secara langsung timbul keinsafan dalam diri. Saya berada di dalam lokap itu hampir tujuh jam.

“Bayangkan cara percakapan, tingkah laku dan kebersihan diri banduan lain menakutkan saya dengan Ng. Itu saat bermulanya kami berborak dan masing-masing menyesal dengan sikap, emosi serta ego semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi Metro.

Dia turut meluahkan yang hukuman itu amat menginsafkan dirinya malah dia tekad tidak akan melanggar undang-undang lagi.

“Walaupun sekejap berada dalam tahanan, saya rasa seperti hilang segala nikmat. Kehidupan boleh ubah sama sekali.

“Ng turut beritahu saya, jika situasi sama berlaku padanya dia tidak akan turun melawan, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan

Undang-undang dicipta bukan untuk menghukum namun tujuan utamanya untuk mendidik dan itu yang berlaku terhadap saya” ujar nya lagi.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari cetusan emosi yang datang dari pelbagai punca. Kenangan 20 September 2019 menjadi memori & kesedaran pada kami(keluarga) terutamanya aku. Allah temukan aku dengan Saudara Ng Whye Hong untuk memberi pengajaran kepadaku- Fazrien

Semoga kejadian ini dapat dijadikan contoh dan iktibar buat semua.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.