Bella Astillah IG Live Bersama Aliff Aziz, Netizen Pula Meluat
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Meskipun sudah berpisah, Bella Astillah dan Aliff Aziz masih mengekalkan hubungan baik demi anak mereka. Wanita itu mengakui sudah memaafkan bekas suaminya dan enggan terus dibelenggu rasa sedih dan kecewa.
Namun, ramai percaya kedua-duanya belum ‘move on’, menyimpan perasaan antara satu sama lain. Buktinya, baru-baru ini Bella dan Aliff membuat sesi Live di IG bersama, berduet menyanyi ibarat seperti pasangan baru bercinta pula.
Rata-rata netizen sudah mula rasa meluat dengan aksi mereka berdua dan mendakwa Bella seakan memperbodohkan diri kerana masih berbaik dan melayan bekas suaminya itu. Ada pula netizen yang mengatakan mungkin juga Bella sengaja ingin meraih perhatian.
Rumah tangga Bella dan Aliff musnah selepas lelaki itu beberapa kali didakwa berlaku curang dengan beberapa orang wanita. Mereka sah bercerai talak satu pada 16 Mei lalu.