fbpx
Now Reading
Guru Dengan Wajah Baby Face Sehingga Selalu Disalah Anggap Sebagai Pelajar

Guru Dengan Wajah Baby Face Sehingga Selalu Disalah Anggap Sebagai Pelajar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesiapa yang terlihat foto ini, pasti menyangkakan individu di dalam gambar tersebut adalah seorang ‘anak’ atau ‘adik’, dengan anggaran umur 10 tahun ke awal belasan tahun.

Yelah dengan baju sekolahnya lagi!

Penulis juga berpendapat sama, namun yang pasti telahan kita semua adalah salah.

“Adik” ini sebenarnya adalah pendidik di sebuah sekolah di Filipina. Dengan wajahnya yang kebudak-budakan, Cikgu Ian Francis Manga sering disalah anggap sebagai pelajar di sekolah berkenaan.

Berumur 22 tahun, Manga mengajar pelajar tadika dan gred dua (darjah 2) di sebuah sekolah di  San Jose Del Monte, Bulacan, Filipina.

Difahamkan Manga menghadapi masalah dalam genetik tumbesaran menyebabkan wajahnya seperti ‘baby face. Namun semua itu tidak mempunyai sebarang masalah semasa mendidik anak muridnya, malah anak-anak begitu rapat dan selesa dengannya.

Sikap Manga yang peramah membuatkan semua orang selesa untuk bergaul dengannya.

“Saya tidak pernah dibuli kerana saya seorang yang peramah. Saya buat kawan dengan mudah. Ada juga masa saya dibuli oleh orang lain tetapi saya buat tidak tahu sahaja”, kata Manga yang mementingkan disiplin dalam kelas.

“Ketika sata serius, mereka (pelajar) juga serius.

“Saya perlu tegas kerana saya seorang pengajar. Saya tidak boleh bermain-main dalam kelas dan perlu serius”, katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.