Isu Salah Faham Di IG, Bintang All Blacks Sonny Bill Williams Mohon Maaf Pada Jurugambar Malaysia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bintang All Blacks Sony Billiam semalam memohon maaf kepada seorang jurugambar dari Malaysia kerana tindakannya yang tanpa disengajakan iaitu memuat naik sekeping gambar di Instagram tanpa memberikan kredit .
Foto tersebut yang memperlihatkan William dan seorang lagi rakannnya dari All Black yang beragama islam, Ofa Tu’ungafasi sedang menadah tangan berdoa sewaktu perlawanan All Blacks menentang Springboks, bagaimanapun telah dibuang oleh Instagram.
William yang kehairanan kemudiannya memuat naik gambar tersebut sekali lagi dengan kapsyen yang berbunyi “Hello Instagram dan semua yang melaporkan gambar ni. Saya tertanya-tanya kenapa gambar ini dibuang dari akaun saya dan ofatunnngafasi? Pastinnya gambar seseorang sedang melafazkan rasa syukur adalah perkara yang biasa bukan? “
Namun menyedari kesilapan itu berpunca dari hak cipta gambar yang dimiliki juragambar terbabit iaitu Faiz Azizan, William dengan pantas memuat naik satu lagi gambar yang sama berserta kredit disusuli dengan permohonan maaf darinya.
Assalamualaikum saudara, maafkan saya kerana salah faham ini. Saya diberikan gambar yang tidak disertakan nama anda. Jika saya tahu, pasti saya akan tag anda sewaktu memuat naik gambar indah itu – Sonny Bill Williams
Dipetik dari Metro, jurugambar terbabit bagaimanapun sudah memaafkan William, malahan dia memahami selebriti sukan seperti William pasti mempunyai pengikut yang ramai dan tidak perasan ada menerima Direct Message darinya berhubung gambar terbabit.
Apa yang pasti tindakan William yang segera memohon maaf atas kekhilafannya wajar dipuji.
Bukan semua orang mudah untuk membuat permohonan maaf, apatah lagi isu berkenaan di anggap kecil oleh orang lain. Namun itulah mata pencarian jurugambar.
Hormati hak orang lain, orang lain pasti menghormati hak anda.