fbpx
Now Reading
Yahoo! Perkenalkan Logo Terbaru. Persediaan Untuk Buat Comeback?

Yahoo! Perkenalkan Logo Terbaru. Persediaan Untuk Buat Comeback?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi mereka yang  memang ‘Internet Savvy’ dari 90an pasti familiar dengan Yahoo . Yalah kan, Yahoo adalah salah satu pelopor search engine dan yang paling famous selain AltaVista pada era tersebut. Namun kehadiran Google dengan strategi yang lebih hebat  menyebabkan pesaing-pesaingnya seperti Yahoo! dan yang lain-lainnya akhirnya tenggelam dan hampir dilupakan.

Jika dikenang kembali, Yahoo! pada zaman kegemilangannya bukan sahaja mendominasi search engine, malah aplikasi emailnya antara yang paling popular.

Selain itu, satu lagi produk mereka yang digunakan meluas adalah Yahoo Messenger, tanya saja pada semua orang pada zaman tersebut, pasti semua memiliki akaun Yahoo Messenger sendiri. Sayangnya era Yahoo Messenger telah berakhir setelah perkhidmatannya ditamatkan setahun yang lalu.

Terbaru, Yahoo dikatakan membuat satu lagi pembaharuan, dengan mengenalkan logo baru mereka, yang ketiga sepanjang 24 tahun penubuhan mereka.  Logo tersebut difahamkan direka oleh Pentagram , sebuah syarikat design gergasi yang berpangkalan di London, England.

Nampak clean dan moden sikit!

Evolusi logo yahoo!

Kami difahamkan kehadiran logo ini sebenarnya satu mesej untuk semua pengguna, bahawa Yahoo masih wujud, dan masih utuh. Malah kebiasaannya, logo baru pasti datang dengan rancangan strategik baru bukan? 

Pentagram yang mencipta logo baru tersebut, pembaharuan itu berkait rapat dengan aplikasi Yahoo mail yang baru saja dilancarkan .Design ini akan digunakan pada semua produk Yahoo yang tersedia ada seperti Yahoo Finance, Sports, Weather namun dengan sedikit kelainan iaitu hanya dengan menggunakan monogram “y!”

Foto : Yahoo via Pentagram

Nampaknya kali ni Yahoo bakal kembali selepas cubaan pada 2013 untuk bangun kembali seakan tidak menjadi. Sama-sama kita nanti result nya kelak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.