fbpx
Now Reading
Yazit Search Telah Tiada

Yazit Search Telah Tiada

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas pemain dram kumpulan Search Yazit Ahmad telah meninggal dunia sekitar 11.53 pagi tadi.

Berita yang diterima dari Admin Facebook Sang Gendang- Yazit Search yang memaklumkan Yazit telah menghembuskan nafas terakhirnya disi sisi keluarga dan sahabat handai nya.

https://www.facebook.com/yazitsanggendang/posts/912130865827569

Jenazah Allahyarham akan di bawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi  di Taman Melati untuk di solatkan  dan akan dikebumikan di Raudatul Sakinah Taman Selasih.

Difahamkan Yazit dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.45 pagi kelmarin selepas mengalami sesak nafas di kediamannya.

Arwah juga sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah yang sama pada 3 September lalu tapi di benarkan keluar 2 hari selepas nya.

Dipetik dari Utusan Doktor mengesahkan Yazit mengalami  kecederaan otak (brain damage) berpunca dari kekurangan oksigen dalam badan.

Allayarham meninggalkan seorang balu, Ramlah  Ahmad serta tiga anaknya Razilah, Shahmirnuri dan Shafiqah Nurlis

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.