Now Reading
Sering Kutuk Wajah Anak Jasmin Hamid, Seorang Wanita Terpaksa Bayar Ganti Rugi

Sering Kutuk Wajah Anak Jasmin Hamid, Seorang Wanita Terpaksa Bayar Ganti Rugi

Seorang wanita menerima padah apabila terpaksa membayar ganti rugi selepas menulis hantaran mendakwa anak angkat pelakon Jasmin Hamid iaitu Rohana berwajah seperti bapuk.

Perkara itu dijelaskan oleh peguam Nasser Yusof, mewakili Jasmin pada satu sidang media di Cafe Finas, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Menurut Nasser, Jasmin sebelum ini antara lain turut menuntut wanita tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media serta secara lisan di akhbar dan menarik semula tohmahan yang dilemparkan.

Menurut Nasser, masalah itu kemudian berjaya diselesaikan di luar mahkamah dengan syarat dan terma tertentu selepas saman sivil dikeluarkan terhadapnya.

“Dalam kes ini, isu ini diselesaikan di luar mahkamah secara baik melalui beberapa proses rundingan berdasarkan terma-terma yang dipersetujui.

“Individu tersebut juga telah mengaku kesalahannya. Dia bersetuju dengan tuntutan permohonan maaf secara terbuka, secara lisan di surat khabar, menarik semula tohmahan dan membayar ganti rugi atas perbincangan bersama,” katanya menerusi Mstar.

Dalam sidang media yang sama juga, individu berkenaan telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu, menurut Jasmin pula dia bertindak untuk mengemukakan tuntutan saman itu disebabkan perkataan bapuk ditujukan terhadap anaknya.

“Saya failkan saman sebab individu tersebut berulang kali mengelarkan anak saya bapuk.

“Disebabkan perkataan itu juga, kehidupan anak saya terganggu dan dia menerima pelbagai tohmahan. Dia sangat terkesan dengan komen tersebut,” katanya.

Untuk rekod, Jasmin pernah memuat naik paparan skrin komen individu tersebut yang sering mengutuk wajah anak angkatnya yang turut mesra dengan panggilan Cicik, berusia 32 tahun.

See Also

Sumber: Mstar

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.