
Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya isu kenderaan melanggar arus ni semakin menjadi-jadi di negara kita. Bulan lepas baru sahaja kita di gemparkan dengan video sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu sedemikian di MRR2.
Yang terbaru, semalam, 26 September, seorang pemandu berjaya merakam situasi yang sama tapi kini di Lebuhraya MEX menggunakan dashcam miliknya. Klip video tersebut yang memperlihatkan sebuah kenderaan Jenis Perodua Myvi berwarna putih dengan aksi bahaya menyusur laju melawan arus sehingga menyebabkan kenderaan si perakam terpaksa menganjak sedikit bagi mengelak dari berlanggar.

Difahamkan kejadian berlaku berdekatan International Medical University di arah Kuala Lumpur-Putrajaya.
Rakaman dashcam berkenaan yang dikongsikan di Facebook menarik perhatian netizen dan dalam sekelip mata klip berkenaan menjadi viral.
Tonton video tersebut di bawah:
Bahaya betolkan??
Bayangkan kalau ada motor atau kereta di lane paling kanan??
Lagi-lagi ianya berdekatan selekoh yang menjarakkan penglihatan kan?

Rata-rata netizen mengecam hebat tindakan pemandu Myvi berkenaan, malah ramai juga berpendapat sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil serius perkara ini.




Tidak kurang juga yang mengaitkan jenis kenderaan

Setakat artikel ini ditulis video berkenaan sudah mendapat 1200 komen dan 470 perkongsian.