fbpx
Now Reading
Shuib Luah Rasa Geram Bila Isteri Jadi Bahan Gara-gara Ysuku

Shuib Luah Rasa Geram Bila Isteri Jadi Bahan Gara-gara Ysuku

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini hangat isu Ysuku, selepas pihak berkuasa membuat kenyataan bahawa motosikal tersebut dalam senarai pemerhatian. Malah polis  memberi amaran kepada mana-mana individu termasuk artis supaya menghentikan sebarang aktiviti mempromosi kegiatan modifikasi motosikal secara haram.

Baca artikel berkaitan : Ubah YSuku Artis Tidak Terkecuali

Antara nama artis yang dikaitkan ialah Shuib, Zizan, dan Aliff  Syukri. Namun yang paling terkesan adalah Shuib.

Terbaru, perkara berkenaan tidak berhenti setakat di situ sahaja,apabila isu Ysuku ini turut menyebabkan isterinya,Siti Sarah menjadi mangsa siber buli di Twitter.

Dipetik dari Rotikaya , semuanya bermula apa bila Siti Sarah memuat naik status : “Hi Twitter! I’m here”. Tweetnya bagaimanapun dibalas oleh seorang netizen dengan ejekan  “Hai isteri kepada fenomena ysuku malaya”. Tidak cukup dengan itu, muncul suara yang turut menuduh suaminya sebagai punca Ysuku kini di bawah pemerhatian pihak berkuasa.

Tidak menyangka menerima keceman sedemikan, Siti Sarah meluahkan rasa kecewanya di Instagram  dengan sikap segelintir pengguna Twitter yang langsung tidak menjaga perasaan orang lain,malah tindakan mereka cukup memberi kesan kepada dirinya yang menghidap penyakit Anxiety.

Shuib yang berang dengan kejadian itu memuat naik  semula posting Siti Sarah di Instagramnya dan memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mengaitkan isterinya yang menghidap Anxiety dalam hal tersebut.

Shuib juga turut dilihat meletak tanda hashtag” #keluargaakujanganusik! “ sebagai peringatan kepada pihak yang terbabit.

Rata-rata pengikut dan rakan artis meminta dia bersabar dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.