
“Maling!” – Netizen Indonesia ‘Claim’ Pakaian ‘Borneo Dayak’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mister Global merupakan pertandingan antarabangsa yang telah diadakan sejak tahun 2014. Pada edisi Mister Global 2019 yang berlangsung di Bangkok, Thailand telah menobatkan peserta daripada Korea iaitu Jong Woo Kim sebagai pemenang.
Akan tetapi, laman Facebook rasmi Mister Global telah diserang kerana peserta dari Malaysia, Chris Chan telah menonjolkan pakaian kebangsaan ‘Borneo Dayak’ ketika pertandingan tersebut. Berikutan itu, peminat Indonesia mendakwa bahawa pakaian kebangsaan yang ditampilkan adalah berasal dari Indonesia dan bukannya Malaysia.
Justeru itu, berlaku perbalahan antara peminat Indonesia dan Malaysia pada gambar peserta dari Malaysia itu. Akan tetapi, ada juga yang menerangkan bahawa kaum Dayak adalah berasal dari Borneo dan berada di Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Isu seperti ini sering terjadi dan ini bukanlah kali pertama berlaku. Apa pandangan anda mengenai isu tersebut? Adakah akan ada titik noktah akan isu yang seringkali berlaku ini?



Untuk pengetahuan anda, terdapat 38 peserta dari pelbagai negara yang menyertai pertandingan ini. Di bawah, kami kongsikan beberapa pakaian kebangsaan yang ditonjolkan oleh mereka yang menarik perhatian.








Sumber : Vocket.com