“Tak Pernah Terfikir Nak Report Polis” – Black Tegur Haneesya Hani Agar Tidak Cepat Melatah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kisah Haneesya Hanee, pemenang Artit Baru Wanita Popular ABPBH32 memang menjadi perhatian segelinap masyarakat . Dari perkara di di zaman Dewi Remaja, sampailah ke cerita di ABPBH32 , kisah Haneesya sentiasa menjadi buah mulut netizen, dan ada segelintir yang mencerca menyebabkan ibunya hampir menyaman dua orang netizen baru-baru ini.
Baca artikel berkaitan : Ibu Haneesya Hani Buat Laporan Polis
Terbaru penyanyi Black Hanifah tampil memberikan sedikit nasihat kepada gadis tersebut agar tidak cepat melatah apabila warna kulitnya sering dijadikan bahan jenaka.
Dipetik dari Mstar, Juara Mentor Edisi ke 3 itu berkata, kekurangan dan keunikan yang dimilikinya itu sepatutnya dijadikan sebagai senjata untuk dia terus kekal dalam industri.
“Pada pendapat saya, Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga masih belum biasa dengan situasi semasa seperti media sosial.
“Dia masih terkejut bila orang mengenali namanya, stalk dia, follow dia, jadi saya nak nasihatkan Haneesya supaya jangan cepat melatah malah jadikan kekurangan itu sebagai senjata” kata Black kepada portal berkenaan.
Dalam pada itu Black turut menyatakan yang dia sendiri tidak pernah terasa hati dan merasakan warna kulit gelap adalah satu kelebihan yang ada pada dirinya.
“Saya tak pernah nak report polis sebab orang cakap saya black kerana saya sedar saya seorang lelaki yang berkulit gelap. Tetapi kulit gelap inilah saya mendapat tempat dalam industri.”
“Saya rasa kalau saya putih, orang takkan kenal saya, Black adalah hitam dan hitam adalah manis. Pada saya Haneesya mempunyai identiti tersendiri, bila orang sebut sahaja namanya sudah boleh terbayang wajah dan tona kulitnya “ kata Black lagi.