
Kasut Nabil Ahmad Jadi Perhatian Netizen Sebab…
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sama ada anda perasan atau tidak, kemunculan Nabil Ahmad di pentas Big Stage 2019 akhir malam tadi sedikit sebanyak telah mencuri tumpuan ramai.
Biarpun hanya untuk mempromosikan rancangan Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang bakal mengambil alih lokasi sama minggu hadapan, ramai sebenarnya lebih memberikan fokus pada kasut yang dipakai pengacara itu.
Kalau anda ingin tahu, kasut itu merupakan rekaan terbaharu jenama Nike yang diinspirasikan daripada kasut yang dipakai Miles Morales dalam filem Spider-Man: Into The Spider Verse tahun lalu.
Keluaran eksklusif Air Jordan 1 Retro High OG ‘Origin Story’ itu merupakan kerjasama jenama sneakers terkenal itu dengan Sony.
Juga kasut yang sama turut melibatkan kolaborasi bersama penyanyi rap sensasi Travis Scott. Warna ‘army green’ yang sama dipakai Nabil merupakan edisi yang bakal dilancarkan pada 12 Oktober nanti.

Jika ditinjau di laman sesawang yang memasarkan sneakers berkenaan, difahamkan sepasang kasut itu dijual dengan harga AS$1,890 (RM7,919).
Jadi, tidak mustahillah sneakers merah yang dipakai nabil pada malam tadi menjadi tumpuan netizen di media sosial.
“Perempuan nampak Alif Satar. Lelaki tengok pelik Nabil pakai dua tali kasut lain warna. Sneakerhead yang hanya pernah dipakai Travis Scott,” tulis salah seorang pengguna.