fbpx
Now Reading
KKM Kongsi Cara Penggunaan Contact Lens Dengan Selamat

KKM Kongsi Cara Penggunaan Contact Lens Dengan Selamat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunan Contact lens (kanta lekap) bagi menggantikan fungsi cermin mata bagi mereka yang berdepan masalah rabun adalah satu perkara biasa. Malah ramai yang berpendapat ianya lebih mudah dan lebih selesa.

 Bagi golongan muda pula rata-rata mereka lebih cenderung  menggunakan contact lens  berbanding cermin mata kerana ianya menambahkan lagi keyakinan diri pemakainya.

Yelah nampak lebih cool kan?

Namun harus di ingatkan, kanta lekap tak seharus nya di pakai sebagai medium utama untuk melihat dengan jelas. Selain dari memenatkan mata, ia jika tidak dijaga dengan rapi mampu membuatkan anda kehilangan mata!

Baca artikel berkenaan : Coah Yin Nyaris Hilang Mata Sebelah

Bersempena Hari Penglihatan Sedunia yang akan disambut pada 10 Oktober 2019 Buzzkini ingin berkongsikan kepada anda fakta penggunaan contact lens yang wajib anda tahu yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk orang ramai.

Pemilihan contact lens dan penjagaan bekasnya

Foto : KKM

#1 Dapatkan ujian tahap penglihatan, pengukuran kelengkuran kornea dan   pemeriksaan kesihatan mata daripada optometris atau juruoptik berlesen

#2 Jangan beli contact lens daripada jurujual kaunter atau melalui internet

#3 Dapatkan pemeriksaan selepas penggunaan contact lens kerana penggunaan buat jangka panjang akan mengubah fisiologi mata dan boleh menimbulkan komplikasi

Penjagaan Bekas Kanta Lekap

#1 Tukar bekas lens anda setiap 3 bulan.

#2 Cuci bekas lens anda dengan larutat pencuci ( water solution) contact lens, bukan dengan air paip

#3 Simpan bekas contact lens di persekitaran yang kering bukan di persekitaran lembap seperi dalam bilik air.

Teknik penjagaan yang betul

Foto : KKM

#1 Basuh dan keringkan tangan sebelum menyentuh contact lens

#2 Guna larutan pencuci kanta lekap yang disaran optometris/juruoptik

#3 Gosok kanta lekap untuk membersihkan sebarang deposit dan mikroorganisma

#4 Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka adalah 3 bulan

#5 Kanta lekap yang terendam lama dan tidak dipakai perlu ditukar larutan rendaman baru sekurang-kurangnya 2 hari sekali

#6 Cuci dan bilas kanta lekap yang jatuh atau terkeluar dari mata sebelum memakainya semula

#7 Buang larutan rendaman dan gantikan rendaman baru setiap kali selepas kanta lekap dipakai

#8 Jangan gunakan air paip atau air suling yang dibuat sendiri untuk mencuci kanta lekap

KKM turut menyarankan orang ramai  untuk melakukan ujian tahap penglihatan dan ukuran lengkungan kornea mereka dari optometrik atau juruoptik berlesen.

Harus di ingat ia penggunaan contact lens bukanlah semudah beli dan pakai. Jangan  mudah terpedaya dengan kanta lekap yang senang didapati secara online.

Jangan risikokan mata anda

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.