fbpx
Now Reading
Akim Ahmad Nafi Tuduhan Kurus Sebab Salah Guna Dadah

Akim Ahmad Nafi Tuduhan Kurus Sebab Salah Guna Dadah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akim Ahmad,penyanyi menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan sosok badannya yang semakin kurus disebabkan penyalah gunaan dadah.

Jelas Akim, fizikal tubuhnya merosot ekoran kurang rehat dan terlalu sibuk membesarkan anak-anaknya yang masih kecil.

“Kita ada keluarga, jadi perlu jaga aib keluarga dan anak-anak. Tuduhan itu membuatkan saya rasa sakit hati juga.

“Saya kurus sebab menjaga anak, tidur lewat malam sebab nak cari ilham lagu baru dan perancangan karier.

“Selepas itu saya perlu bangun awal pagi untuk menguruskan anak-anak. Secara tak langsung fizikal pun merosot.

“Kadang-kadang makan pun terlepas sebab asyik nak suap anak,” jelas Akim kepada Gempak.

Tidak menyalahkan netizen dengan anggapan sedemikian, tambah Akim dia sudah sedia maklum dengan persepsi masyarakat tentang isu dadah dan kaitannya dengan golongan artis.

“Isu dadah sering dikaitkan dengan muzik. Bagi saya nak bermain muzik tak semestinya ada dadah.

“Orang berprasangka sedemikian daripada dulu lagi dan ia berkait sampai sekarang. Cara kami (pemuzik) membuat persembahan di pentas itu seolah-olah ada kaitannya dengan dadah.

“Hakikatnya tiada spesifik individu pun yang terpalit dengan dadah. Ia sebahagian daripada mentaliti masyarakat sebenarnya,” tambah Akim lagi.

Akim yang mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Stacy Anam pada Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan Eshaal, 2.

Mereka turut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 7 tahun.

Sumber : Gempak.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.