fbpx
Now Reading
Datuk Red Tolak Permohonan Cerai Adira

Datuk Red Tolak Permohonan Cerai Adira

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi Adira petang tadi (9 Oktober 2019) memfailkan permohonan cerai terhadapat suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Daya,Rawang.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi memfailkan permohonan itu pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ketika disoal Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengenai pendirian Adira mengenai permohonan cerai itu, b bekas peserta Akademi Fantasia berkenaan menjawab ‘saya tetap mahu teruskan perceraian ini’. Datuk Red bagaimanapun ketika disoal Hakim Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu.

Sepatutnya, pada prosiding hari ini ditetapkan untuk pelantikan hakam pegawai mahkamah, namun ditangguhkan.

Ini berikutan selepas peguam syarie Mohd Hafiz Abd Rashid yang mewakili Datuk Red memohon prosiding ditangguhkan kerana anak guamnya membuat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung hakam keluarga.

Mohd Faizal Habib kemudian menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan hakam kes perceraian itu.

Dalam prosiding itu, Adira diwakili peguam syarie Siti Nur Zafirah Mohd Padzil.

Dipetik dari Metro, Sebelum ini, Datuk Red tidak tahu isterinya akan memfailkan perceraian malah sewaktu dihubungi media  semalam, beliau menafikan mengenai isu perceraian itu dengan berkata, ia hanya khabar angin seperti mana ia heboh diperkatakan sebelum ini.

Spekulasi mengenai perceraian pasangan ini timbul apabila sebuah portal hiburan menyiarkan cerita artis wanita diceraikan ketika sedang hamil anak ketiga.

Pasanan itu sebelum ini bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dengan status Adira sebagai isteri kedua dan hasil hasil dari perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk seorang bayi perempuan yang baharu sahaja dilahirkan Ogos lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.