fbpx
Now Reading
Hanya Tag Isteri di Instagram, Black Hanifah Terkejut Motorsikal Idaman Ada di Depan Rumah

Hanya Tag Isteri di Instagram, Black Hanifah Terkejut Motorsikal Idaman Ada di Depan Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B3RQw0FldSe/

Penyanyi Black Hanifah bersyukur apabila isterinya menghadiahkan sebuah motosikal bersempena minatnya terhadap sukan lasak itu.

Menurut Black, dia tidak menyangka bayangan yang diberikan untuk memiliki sebuah motorsikal lasak jenis Husqvarna 250 dipenuhi isterinya.

“Masa saya tengah buat rakaman program Mentor, tiba-tiba dia muat naik foto motosikal tersebut di Instagram. Dalam foto tu, motosikal tu dah ada di perkarangan rumah.


“Rupanya masa saya tidur, dia ambil telefon saya dan tengok dengan siapa saya deal untuk motosikal tu. Jadi dia deal dengan orang tu dan beri kejutan,” ujar Black kepada Gempak.

Tambah Black lagi, selain sukan bola sepak, minatnya terhadap sukan motosikal lasak sudah bermula sejak dia berumur 11 tahun lagi.

“Saya aktif main motocross ni sejak tiga tahun lepas bila nampak Achey main.

“Dulu isteri melarang saya menyertai sukan lasak lepas mengalami kemalangan. Tapi lepas dah baik tu, dia pula yang tanya saya bila nak mula main motocross lagi.

“Sekarang saya banyak berlatih untuk menyertai perlumbaan motosikal lasak di Kemaman International Race Challenge pada 19 dan 20 Oktober ni,” tambah Black lagi.

Sumber : Gempak.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.