Awas! Buang Air Kecil Dalam Kolam Renang Akan Menghasilkan Bahan Beracun
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan orang pasti suka berenangkan ? Tak kira lah sama ada mahir atau tidak, berendam di dalam air akan memberikan anda satu kepuasan. Lagi-lagi jika aktiviti ini dilakukan bersama keluarga atau rakan-rakan. Pasti seronok!
Tapi pernahkah anda mengalami keadaan dimana anda terasa ingin membuang air kecil semasa sedang berenang lagi-lagi bila mandi di kolam renang?
Jika ya, segeralah ke tandas ya. Elakkan dari membuang air kecil di dalam kolam.
Ia bukan sekadar ‘tidak manis dilihat’ atau masalah berkaitan nilai sivik semata, ia sebenarnya amat membahayakan.
Nak tau kenapa?
Bahan klorin yang digunakan untuk membersihkan air kolam sekiranya bercampur dengan air kencing akan menyebabkan pembentukan sejenis bahan kimia beracun iaitu Cyanogen Chloride (CNCI) dan Trichloroamine (NCI3) memetik portal Alodokter.
Bahan campuran ini dapat memberi kesan kepada kemampuan tubuh badan manusia dalam bertindak balas dengan oksigen . Selain itu ia juga mempengaruhi sistem saraf , pembuluh darah dan jantung serta sistem pernafasan. Malah ia juga mampu menyebabkan gatal dan alergi pada kulit.
Tidak cukup setakat itu sahaja, dipetik dari wikiwand, Cyanogen Chloride atau juga dikenali sebagai CK, suata masa dahulu pernah dicadangkan untuk dijadikan sebagai senjata kimia.
Kalau tak ada masalah seperti di atas ini pun, air kencing sendiri sudah cukup untuk menyebabkan kolam renang mudah dijangkiti bakteria dan kuman berbahaya seperti Cryptosporidium, Giardia E.Coli dan banyak lagi.
Jadi masih nak buang air kecil dalam kolam mandi lagi? Hehe