Now Reading
Cukur Botak Rambut Isteri Kerana Sehelai Rambut Dalam Makanan

Cukur Botak Rambut Isteri Kerana Sehelai Rambut Dalam Makanan

Berang apabila terjumpa sehelai rambut di dalam buburnya ketika menikmati sarapan pagi, seorang lelaki bertindak mencukur botak kepala isterinya. Kejadian dilaporkan berlaku di Joypurhat, Utara Bangladesh, Selasa lalu.

Memetik laporan AFP, lelaki terbabit Bablu Mondal, 35, ditahan polis oleh pihak polis dan didakwa dengan sengaja melakukan jenayah dengan niat mencederakan isterinya yang berumur 24 tahun.

“Dia terjumpa sehelai rambut dalam nasi dan susu yang disediakan oleh isterinya ketika ingin bersarapan pagi.

“Lelaki terbabit kemudiannya berang dan menyalahkan isterinya. Dia mengambil pisau cukur dan mencukur kepala mangsa,” kata ketua polis tempatan, Shahriar Khan.

Bablu didakwa atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang boleh dihukum penjara hingga 14 tahun selain bersikap keterlaluan terhadap isterinya.

Menurut kumpulan aktivis di negara tersebut, insiden itu menunjukkan penindasan yang semakin menjadi-jadi terhadap wanita biarpun terdapat undang-undang yang melindungi mereka daripada penderaan dan serangan seksual.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.