Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Nama Haneesya Hanee, pemenang Artis Baru Wanita Popular
ABPBH32 sering hangat diperkatakan. Dari isu bersama Dewi Remaja, kemenangan di
ABPBH dan yang terakhir tindakan ibunya mahu menyaman netizen yang mengutuk dan
memberikan gelaran melampau terhadap anaknya.
Berkemungkinan tidak tahan dengan segala kecaman dan makian yang dilemparkan terhadap dirinya, Haneesya membuat keputusan mengundurkan diri daripada Twitter. Haneesya dalam masa sama turut memohon maaf kepada netizen.
Bagaimanapun ciapan Haneesya itu menimbulkan kemarahan netizen kerana kenyataan tersebut seakan sama seperti unggkapan terakhir selebriti K-Pop , Sulli yang ditemui mati di rumahnya petang semalam.
Namun masih ada meminta netizen untuk tidak lagi mengecam gadis berkenaan dan memberikan dia ruang buat Haneesya.