Pensyarah Mohon Maaf, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pencetus Salah Faham

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) , Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataan dikeluarkannya ketika sesi temu bual diskusi Belanjawan 2020 yang disiarkan secara langsung di saluran TV3, baru-baru ini.

Mohd Yusof berkata, beliau tiada niat sama sekali untuk memperkecil atau mempersendakan mana-mana pihak sebaliknya kenyataan itu sekadar pandangan supaya kerajaan mengangkat martabat dan maruah pekerja di Malaysia dengan menyediakan peluang pekerjaan bersesuaian mengikut kelulusan graduan.

“Saya memohon maaf sekiranya percakapan saya semasa sesi temu bual itu mengundang persepsi negatif dan menggambarkan seolah-olah saya menghina maruah pemandu e-hailing dan penghantar makanan (rider).

“Saya juga ingin menegaskan bahawa segala pandangan yang saya utarakan adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau organisasi.

“Saya mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang dan berharap agar kenyataan ini dapat menghentikan tohmahan dan buli siber yang sedang dilakukan kepada saya,” katanya menerusi satu kenyataan kepada Harian Metro.

Menurut Mohd Yusof, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu serta pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi pencetus kekeliruan , salah faham dan fitnah terhadapnya.

“Saya percaya dakwaan bahawa saya merendahkan maruah pemandu e-hailing dan penghantar makanan adalah lanjutan daripada tindakan individu tidak bertanggungjawab yang memanipulasi kenyataan saya.

“Individu terbabit menyebarkan sebahagian saja klip temu bual berkenaan dan bukannya keseluruhan jawapan saya semasa temu bual itu di media sosial (Twitter, Facebook dan Instagram) serta beberapa blog lain.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini sudah mengundang salah faham dan kecaman yang keterlaluan tanpa menilai keseluruhan isi kandungan temu bual berkenaan.

“Kini, saya dalam proses mengambil tindakan undang-undang ke atas individu serta pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasi, menyebarkan fitnah, ugutan serta tohmahan yang tidak berasas terhadap saya,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial mengenai video sesi temu bual bersama Mohd Yusof yang diundang sebagai seorang panel dalam rancangan yang disiarkan secara langsung di saluran TV3.

Menerusi satu soal jawab, Mohd Yusof diminta memberi pandangan mengenai kerjaya penghantar makanan yang semakin menjadi ‘trend’ dalam kalangan belia.

Namun, kenyataannya yang seolah-olah memperlekehkan pekerjaan itu dengan mengatakan ia tidak bermaruah mencetuskan kontroversi dan mengundang kemarahan warganet.

Rata-rata warganet, termasuk komuniti penghantar makanan menuntut pensyarah berkenaan memohon maaf secara terbuka selepas mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

23 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

23 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

24 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

24 hours ago