fbpx
Now Reading
Patutnya Amar Asyraf Jumpa Saya, Boleh Dapat Nasihat – Ashraf Muslim

Patutnya Amar Asyraf Jumpa Saya, Boleh Dapat Nasihat – Ashraf Muslim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama pelakon Amar Asyraf heboh diperkatakan masyarakat sejak seminggu lalu apabila terbongkar rahsia rumahtangganya yang didakwa sudah beristeri dua dan hampir menambah satu lagi isteri selepah kisah tersebut didedahkan pelakon baru, Ellika Azman.

Baca artikel berkaitan : Amar Asyraf Jawab Tuduhan Jalin Hubungan Sulit

Dipetik dari mStar, kisah tersebut turut mendapat perhatian pelakon tampan, Ashraf Muslim yang turut hidup berpoligami. Pada pendapat Ashraf, tidak salah untuk Amar merahsiakan perkahwinan keduanya kepada umur tetapi perlu menghebahkannya supaya tidak berlaku fitnah

“Patutnya Amar kena jumpa saya, mungkin saya boleh beri nasihat. Bagi saya tak salah nak rahsiakan perkahwinan kedua tapi kena ingat sebagai selebriti ramai di luar sana ingin tahu mengenai keluarga kita.

“Jadi kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya tidak berlaku fitnah. Nak kawhin berapa pun tak ada masalah, tapi kena lakukan dengan cara yang betul,” katanya kepada portal berkenaan.

Terang Ashraf lagi, suami berhak menjalani kehidupan berpoligami sekiranya mereka mampu berlaku adil dan dapat menggalas tanggungjawab serta amanah. Namun sekiranya sebaliknya, disarankan agar tidak memilih jalan tersebut.

“Berpoligami ini tak salah sekiranya seorang suami itu mampu daripada segi menjaga para isteri, anak-anak dan bijak menguruskan rumah tangga. Paling penting, mampu menggalas amanah Allah berikan.

“Kalau rasa-rasanya tak mampu janganlah buat. Mampu ini banyak maksud antaranya masa, kewangan, kasih sayang dan segalanya,” menurut Ashraff.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.