Now Reading
Peminat Tanya Mira Filzah Tentang Caprice, Ini Jawapan Beliau

Peminat Tanya Mira Filzah Tentang Caprice, Ini Jawapan Beliau

https://www.instagram.com/p/B3mtGO1BFFs/

Rapper dan usahawan popular, Caprice berkongsi foto paparan skrin yang diambil dari ruangan soal jawab di Instagram (IG) Story pelakon Mira Filzah.

Foto paparan skrin itu dimuat naik di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Dalam ruangan soal jawab itu, seorang pengikut Mira bertanya mengapa dia memilih Caprice sedangkan ramai lagi jejaka yang lebih kacak.

Mira menjawab ringkas pertanyaan itu.

“Handsome menjaminkan kebahagiaan ke? Eh,” tulisnya.

Sementara di ruangan kapsyen, Caprice menulis kenyataan berbunyi :

“Sampai hati korang cakap abang tak hensem, tak pa, janji abang boleh bina masjid dan keluarga till Jannah,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbentuk gurauan dan mengatakan Caprice adalah seorang jejaka kacak.

Mira Filzah juga telah meniggalkan komen di gambar tersebut.

Mira dan Caprice telah bekerjasama dalam muzik video single terbaru Caprice iaitu Baby Sayang.

Muzik video berkenaan telah dilancarkan di laman YouTube sejak tiga hari lalu.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.