fbpx

Body Shaming Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu membuli bentuk fizikal seseorang  dengan mengejek dan menghina atau lebih dikenali sebagai body shaming begitu hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Bukan sahaja masyarakat biasa, malahan selebriti dan figura umum turut menjadi mangsa aktiviti tidak bermoral ini.

Apa yang pasti, kebanyakan ejekan dan hinaan ini kerap dihamburkan dan terjadi di media sosial berbanding di dunia sebenar.

Namun tahukah anda, perbuatan body shaming ini sebenarnya adalah satu kesalahan jenayah? Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa perlakuan mengejek, menghina, memalukan dan mengkritik tubuh badan orang lain sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa.

Ini adalah satu jenayah buli siber yang jika tidak dibendung, akan mengancam diri sendiri dan juga masyarakat.

Agak memalukan, namun kajian oleh Comparitech telah membuktikan bahawa Malaysia berada di tangga ke-6 di dunia sebagai negara yang paling banyak menerima laporan buli siber sepanjang 2018.

Pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 222 (1) (b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia baru-baru ini telah memuat naik kenyataan mengingatkan orang rama bahawa perbuatan body shaming adalah satu jenayah.

Kesalahan ini termaktub di bawah akta Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588) . Mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Jadi buat pengguna media sosial, kami ingatkan agar cuba mengawal diri dari bertindak sebegini. RM 50,000 bukanlah satu angka yang kecil, dan yang paling utama, body shaming bukan budaya kita.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.