
Filem Upin-Ipin:Keris Siamang Tunggal Ke Oscar 2020, Bakal Bersaing Dengan Frozen 2
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal menjadi topik hangat di kalangan netizen gara-gara tercalon dalam kategori Filem Animasi Terbaik Anugerah Oscar 2020.
Bagi kategori ini, Filem kedua dari Les Copaque ini akan bersaing dengan filem-filem besar Hollywood seperti Frozen 2, Toy Story 4, How To Train Your Dragon dan banyak lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Les Copaque , Burhanuddin Md Radzi Apa pencalonan itu dibuat sendiri oleh pihak Les Copaque selepas filem animasi tempatan itu berjaya mencipta nama di Festival Filem Montreal.

Ketika saya ditemu bual wartawan di sana, saya diberitahu bahawa skrip filem ini berbeza dan memenuhi kemahuan penonton
Imej baru dan jalan cerita baharu yang pastinya dapat perhatian penonton di sebelah Barat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada pendapat beliau lagi usaha membawa filem ini ke Oscar akan membakar semangat pembikin filem tempatan
“Dengan pendedahan seluas ini, saya harap Upin Ipin akan berada di peringkat seterusnya.
“Saya nak bakar semangat pembikin filem di Malaysia supaya mereka membuat sesuatu setaraf pembikin filem antarabangsa.
“Janganlah berada di takuk lama saja, asyik nak jual dalam Malaysia semata-mata,” jelasnya.
Berikut adalah senarai awal calom Filem Animasi Terbaik Oscar 2020
- Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris
- Abominable
- The Addams Family
- The Angry Birds Movie 2
- Another Day of Life
- Away
- Buñuel in the Labyrinth of the Turtles
- Children of the Sea
- Dilili in Paris
- Frozen II
- Funan
- Genndy Tartakovsky’s ‘Primal’ – Tales of Savagery
- How to Train Your Dragon: The Hidden World
- I Lost My Body
- Klaus
- The Last Fiction
- The Lego Movie 2: The Second Part
- Marona’s Fantastic Tale
- Missing Link
- Ne Zha
- Okko’s Inn
- Pachamama
- Promare
- Rezo
- The Secret Life of Pets 2
- Spies in Disguise
- The Swallows of Kabul
- This Magnificent Cake!
- The Tower
- Toy Story 4
- Weathering with You
- White Snake