Now Reading
Lebah Diiktiraf Sebagai Hidupan Terpenting Di Dunia Oleh Saintis

Lebah Diiktiraf Sebagai Hidupan Terpenting Di Dunia Oleh Saintis

Bila di sebut lebah, dua perkara yang pasti berada di minda kita adalah, bahaya sengatnya dan manis madunya. Namun tahunkah anda, fungsi lebah bukan setakat di situ sahaja.

Lebah telah diiktiraf sebagai hidupan paling penting di dunia oleh Earthwatch Institute of Royal Geographical Society of London baru-baru ini.

Bukan sahaja berguna kepada manusia melalui madunya, lebah  juga memainkan peranan yang begitu penting  dalam membolehkan bumi berfungsi.

Laporan dari The Science Times menyebut, 70% dari pertanian di dunia bergantung kepada lebah atau dalam erti kata lain 70 dari setiap 100 produk yang kita makan bergantung padanya .

Seranga kecil ini sebenarna bekerja keras dalam menghasilkan serbuk bunga dari satu bunga ke bunga yang lainnya. Proses pendebungaan ini sangat penting kerana ia adalah proses wajib bagi membuatkan tumbuhan di dunia berkembang. Tanpa bantuan lebah, majoriti tanaman akan pupus

Malah kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa lebah adalah satu-satunya spesis haiwan atau serangga yang tidak membawa virus atau bakteria yang mampu menjangkiti haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.

Namun agak menyedihkan apabila 90% populasi lebah telah musnah sejak kebelakangan ini akibat perubahan iklim, interaksi manusia, penyakit dan penggunaan racun perosak.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.