fbpx
Now Reading
Lelaki Ini Sanggup Menari Dalam Wad Bersalin Untuk Kurangkan Rasa Sakit Isteri

Lelaki Ini Sanggup Menari Dalam Wad Bersalin Untuk Kurangkan Rasa Sakit Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Proses melahirkan anak bukanlah satu perkara yang mudah dan ia amat menyakitkan. Hanya wanita sahaja yang faham rasa sakit ini.

Menurut ahli psikologi, memegang tangan pasangan ketika bersalin dapat mengurangkan rasa sakit wanita bersalin.

Namun berbeza dengan seorang lelaki dari Hainan, China ini apabila beliau nekad membuat satu tarian tradisional khas buat isterinya yang akan melahirkan anak.

nak kurangkan rasa sakit bersalin, si suami menari tradisional depan isteri dalam wad

Mrs. Wang pertama kali melahirkan anak selepas 35 tahun. Justeru proses melahirkan ini mungkin sedikit sukar baginya. Justeru, Mr. Wang yang juga merupakan seorang guru mulai membuat persembahan tarian tradisional dalam bilik bersalin, lengkap dengan pakaian hospital.

nak kurangkan rasa sakit bersalin, si suami menari tradisional depan isteri dalam wad

Melihat aksi itu, staf hospital tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gelagatnya hingga berjaya mengalihkan perhatian isteri dari kesakitan sehingga selamat melahirkan anak.

Sumber: GoodyFeed

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.