fbpx
Now Reading
Sham Visa Dedah Terima 1,000 Mesej Sehari Dari Peminat Wanita Dan Isteri Orang

Sham Visa Dedah Terima 1,000 Mesej Sehari Dari Peminat Wanita Dan Isteri Orang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penangan Gegar Vaganza, populari Sham Visa kembali melonjak selepas hampir 15 tahun menyepikan diri dari dunia hiburan. Walau usianya menginjak 47 tahun, Sham masih kelihatan segak bergaya, sehinggakan ramai peminat memanggilnya Tony Stark Malaysia.

Terbaru, Sham dikatakan mengakui ada menerimar ribuan mesej setiap hari di Instagramnya dan kebanyakannya dari peminat wanita yang berstatus isteri orang. Sham bagaimanapun menyatakan semua mesej yang diterima lebih kepada ucapan sokongan dan tahniah . Dia turut menafikan ada menerima mesej berbaur lucah

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah menerima apa-apa mesej atau gambar berbaur lucah. Kebanyakan mesej yang dihantar peminat adalah untuk mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata sokongan apabila saya kembali aktif,” katanya kepada portal Harian Metro.

Apa yang menariknya lagi, Sham berjaya mengumpul 35,000 pengikut walaupun baru 2 minggu membuka akaun Instagramnya. Sham turut berterima kasih kepada peminat serta penyokong yang meminati bakatnya dan menghormati status beliau sebagai suami orang

“Kebanyakan peminat saya sudah dewasa dan boleh berfikir. Mereka menjaga batas dan saya sangat berterima kasih” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.