“Berbunga-bunga dapat kereta baru” – Aliff Syukri Hadiahkan Porshe Untuk Isteri

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan kepada isteri tersayangnya Datin Seri Nur Shahida dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Porsche.

Berita gembira itu dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Nur Shahida, dia tidak menjangkakan kejutan berkenaan biarpun suaminya sebelum ini memintanya untuk menjual kereta lama mereka.

“Mula-mula suami suruh jual kereta sedih juga.

“Tapi rupanya dia nak belikan yang baru. Terima kasih hubby, berbunga-bunga hati dapat kereta baru,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memuji pilihan kereta berkenaan yang disifatkan sangat sepadan dengan empunya diri.

Selain itu, tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai hadiah pengorbanan seorang isteri.

Pada yang tidak tahu, rumah tangga kedua-dua pasangan itu didakwa telah dilanda badai sejak beberapa bulan lalu.

Walaubagaimanapun, mereka akhirnya berdamai dan berita gembira itu dikongsi menerusi satu video memaparkan kedua-duanya berpelukan.

Untuk rekod,  Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

9 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

9 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

9 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

11 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

11 hours ago