fbpx
Now Reading
“Doa orang yang teraniaya memang tiada hijabnya” – Syafie Naswip Lega Tiada Kes

“Doa orang yang teraniaya memang tiada hijabnya” – Syafie Naswip Lega Tiada Kes

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa bulan yang lalu, kecoh kisah pelakon terkenal Syafie Naswip dan pelakon baru Aishah Azman putus tunang. Namun perkara tersebut tidak berhenti di situ sahaja, apabila Aishah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Namun selepas dijalankan siasatan sepenuhnya dan Syafie secara sukarela datang memberi keterangan, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.

Sehubungan dengan itu, pihak Gempak menghubungi Syafie Naswip untuk mendapatkan reaksi beliau.

“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dengan keputusan siasatan yang dibuat dengan penuh telus oleh pihak berwajib.

“Sekurang-kurangnya ia telah membuktikan segala tuduhan yang dibuat ke atas saya adalah tidak benar dan saya berterima kasih dengan doa semua,” kata Syafie kepada Gempak.

Dalam laporan polis yang dibuat oleh Aishah sebelum ini, dia membuat tuduhan bahawa bekas tunangnya, Syafie Naswip memukulnya dan juga mempunyai hubungan sejenis.

BACA : https://www.buzzkini.com/hiburan/2019/10/24/aishah-azman-kini-bahagia-selepas-putus-tunang-dengan-syafie-naswip/

Gempak juga turut menghubungi peguam Syafie, iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah daripada Ashraff Al-Hizan & Associates untuk mendapatkan komen beliau.

“Alhamdulillah pihak polis yang menyiasat kes berkenaan aduan yang dibuat oleh bekas tunang Syafie telah memaklumkan kepada pihak kami secara bertulis bahawa siasatan telah pun dijalankan dan hasil siasatan tersebut telah dibawa kepada pendakwaraya.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/07/29/syafie-naswip-ditahan-polis-kerana-pernah-cederakan-bekas-tunang/

Pihak pendakwaraya kemudiannya telah meneliti kertas siasatan tersebut dan telah membuat arahan agar Tiada Tindakan Lanjut (No Further Action) ke atas kes ini memandangkan tiada keterangan yang mencukupi untuk menuduh Syafie berkenaan aduan tersebut,” terang Ashraff kepada pihak Gempak.

Syafie sangat bersyukur atas doa dan berterima kasih kepada keluarga serta peminat semua yang tidak putus-putus menghantar kata-kata semangat melalui Whatsapp, komen dan sebagainya di media sosial.

“Betullah pesan dan ingatan Mak setiap masa pada Ayie, doa orang yang teraniaya memang tiada hijabnya. Dan itulah yang Ayie doakan setiap masa.

“Saya rasa sangat lega dengan keputusan yang diberitahu oleh pihak peguam, tapi tidaklah sampai nak melompat,” seloroh Syafie.

Syafie Naswip bertunang dengan Aishah Azman pada 7 April 2019 tetapi mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan pada 21 julai tahun yang sama.

Sumber : Gempak.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.