fbpx
Now Reading
Seharian Duduk Di Depan Komputer Setiap Hari? Jaga-jaga Anda Mungkin Akan Jadi Seperti Patung Emma Ini

Seharian Duduk Di Depan Komputer Setiap Hari? Jaga-jaga Anda Mungkin Akan Jadi Seperti Patung Emma Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hasil dari kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik ke atas 3,000 orang individu bekerja akhirnya telah menghasilkan satu model patung yang diberi nama Emma.

Siapakah atau lebih tepat apakah Emma?

Emma adalah patung model bersaiz manusia dengan ciri-ciri ‘penyakit’ dan ‘kecacatan’ yang mungkin akan menimpa anda dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya anda seorang yang bekerja 24 jam tanpa henti di hadapan komputer.

Namun bukan hanya untuk mereka yang menghadap komputer saja ok? Kajian yang dilakukan pakar dalam ergonomik dan kesihatan pekerjaan ini turut mendapati ianya akan turut menyerang mereka yang duduk tanpa bergerak di ‘workstation’ yang tidak mesra pengguna dalam satu tempoh masa yang lama.

Ngeri bukan?

Bukan sahaja berbadan bongkok, anda juga akan mengalami pelbagai lagi penyakit antaranya urat bersimpul, mata merah dan kering, pergelangan tangan dan kaki yang bengkak dan banyak lagi.

Malah anda juga lebih cenderung mendapat penyakit eczema dan mempunyai perut yang buncit .

Nak tahu apa lagi yang mungkin terjadi kepada anda dalam 20 tahun akan datang sekiranya masih mengekalkan cara kerja yang sama? Lihat semua senarai penyakit tersebut di bawah :

Jadi bagi mengelakkan semua ini belaku, pastikan anda mula menjaga kesihatan anda walaupun di tempat kerja.

Banyakkan bergerak dengan lebih kerap, jaga dan baiki postur semasa duduk di tempat kerja selain memperbaiki persekitaran dan kemudahan di tempat kerja.

Amalkan juga senaman sekurang-kurangnya 15min dalam sehari bagi mengelakkan anda dari menjadi Emma yang seterusnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.