fbpx
Now Reading
Warga Indonesia Goreng Telur di Luar Rumah Kerana Cuaca Terlalu Panas

Warga Indonesia Goreng Telur di Luar Rumah Kerana Cuaca Terlalu Panas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B37BWuuDYCA/

Jika di Malaysia kita di landa hujan setiap hari dan ada di sesetengah negeri dilaporkan dinaiki air, namun berbeza di negara Indonesia yang kini berdepan cuaca panas terik.

Menurut Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik (BMKG), suhu maksimum dijangka mencapai lebih daripada 39 darjah celsius dan akan berterusan hingga akhir Oktober.

Ekoran cuaca panas luar biasa itu, tular video dikongsikan oleh warga Indonesia yang menggoreng telur di bawah sinar matahari tanpa menggunakan dapur.

Seorang netizen turut berkongsikan video dimana dia meletakkan kuali di tepi jalan dan sedikit minyak lalu memecahkan sebiji telur yang kemudian ditambah beberapa perasa.

Tidak dapat dipastikan kejadian lokasi tersebut, namun telur tersebut dimasak dalam masa yang singkat sahaja.

Dalam pada itu, , Timbalan Pengarah Institusi Sains Kejuruteraan Indonesia (LIPI) Agus Haryono mengulas mengenai perkara itu mengatakan bahawa telur boleh digoreng di bawah cahaya matahari.

Bagaimanapun katanya, kepanasan itu bukan di tahap mendidih kerana takat didih air adalah 100 darjah celsius, manakala takat didih minyak pula 170 hingga 180 darjah celsius dan telur berkenaan mungkin mengambil masa untuk ‘garing’ sepenuhnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.