fbpx
Now Reading
Khai Bahar Masih Laku Kalau Bukan Penyanyi?

Khai Bahar Masih Laku Kalau Bukan Penyanyi?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Kalau saya bukan penyanyi pun ada je orang mintak couple. Saya rasa itu perkara normal bila seseorang itu perlukan teman,” katanya.

Pernah dikaitkan dengan beberapa penyanyi wanita, namun Khai Bahar mengakui masih lagi solo dan tiada lagi kekasih hati. Meskipun sering diajukan soalan mengenai jodoh, Khai berkata dia tidak pernah rasa rimas.

Ujarnya lagi, apa yang membimbangkan ialah jika soal jodoh itu dibangkitkan oleh ibunya. Kata Khai lagi, dia masih belum bersedia dan jika dia mempunyai kekasih tidak mungkin dia boleh menguruskan teman wanitanya itu.

“Saya paling takut kalau mak tanya, mesti pelik bila dia mula bertanya. Sejujurnya saya belum bersedia lagi dan terlalu sibuk dengan kerja.

“Kalau ada awek pun mungkin tak boleh urus awek saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Mengakui ramai peminat meluahkan mahu menjadi kekasihnya di media sosial, namun Khai berkata itu perkara biasa dan lumrah setiap manusia yang memerlukan teman.

Apa pun semoga Khai Bahar bertemu jodoh dengan wanita idamannya suatu hari nanti. Pasti ramai peminat tak sabar nak tengok siapakah gerangan gadis yang berjaya mencuri hati Khai.


© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.