fbpx
Now Reading
Tampil Ke Panggung Wayang Dengan Kain Sarung & Kain Batik, Ardell-Nazmi Dikritik Netizen

Tampil Ke Panggung Wayang Dengan Kain Sarung & Kain Batik, Ardell-Nazmi Dikritik Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semenjak berkahwin Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana antara pasangan selebriti yang sentiasa menjadi perhatian peminat, man tidaknya tiada siapa yang menyangka mereka yang dari dulu bersahabat baik akhirnya menjadi suami isteri.

Selepas isu tangan mengigil ketika menyarungkan cincin gara-gara penyakit Anxiety Disorder yang dihidap Ardell, pasangan ini sekali lagi dikritik oleh netizen disebabkan pakaian mereka.

Baru-baru ini Nadzmi berkongsikan foto dia dan isterinya mengunjungi panggung wayang bagi mempromosikan filem lakonannya ‘Anak Perjanjian Syaitan,  hanya dengan berkain sarung dan berkain batik.

“Dibelakang seorang lelaki mesti ada perempuan yang hebat dan comel, Thank you Ardell teman dan support saya.

“Harini ajak isteri sama selekeh dengan saya. Kitorang pakai kain pelikat je pergi buat surprise pada yang tengok filem Anak Perjanjian Syaitan” tulisnya sebagai kapsyen.

Lumrah netizen, perkongsian yang mempunyai kelainan pasti akan mendapat kritikan. Foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen, tidak cukup juga yang menyampah serta menyifatkan pasangan tersebut seolah mahu meraih perhatian.

Tapi apa yang pasti fesyen batik memang semakin mendapat perhatian di Malaysia. Mungkin kalau diperkemaskan sikit cara pemakainanya pasti ramai yang follow kan? Hehe

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.