fbpx
Now Reading
Video Raja Ilya Cuci Rambut Bikin Netizen ‘Panas’

Video Raja Ilya Cuci Rambut Bikin Netizen ‘Panas’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B4KBqJ-lnDr/

Sejak mendirikan rumah tangga, Raja Ilya semakin cantik dan berseri-seri, maklumlah sedang meniti hari bahagia. Sebelum ini dikecam apabila berkongsikan video ‘mesra’ bersama suami, nampaknya nama Raja Ilya sekali lagi kembali panas.

Baru-baru ini, Raja Ilya mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video menunjukkannya sedang mencuci rambut di dalam bilik air. Menerusi video tersebut, pelakon itu memakai baju tidur sambil mencuci rambut di bawah air pancuran.

Difahamkan, video tersebut adalah untuk mempromosikan produk penjagaan rambut. Meskipun ramai yang memuji kecantikan pelakon itu, seperti sudah dijangka, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Rata-rata netizen menyelar tindakan pelakon itu dan menyifatkan video dikongsikan itu sangat tidak sopan. Tidak kurang juga, ada netizen yang ‘otak kuning’ meninggalkan komen berbaur lucah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.