fbpx
Now Reading
Buncit? Mungkin Anda Boleh Gunakan ‘Kelebihan’ Anda Untuk Pertandingan Ini

Buncit? Mungkin Anda Boleh Gunakan ‘Kelebihan’ Anda Untuk Pertandingan Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anda ada masalah buncit? Mungkin ini masanya untuk anda menggunakan ‘kelebihan’ anda!

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu pertandingan di Sabah sebagai tanda pengiktirafan buat kaum lelaki yang memiliki perut buncit. Menariknya, pemenang tidak hanya pulang dengan tangan kosong.

Hadiah wang tunai ditawarkan buat pemenang dimana tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 400, tempat kedua pula RM 300 manakala ketiga pula RM 200 dan sebanyak RM 50 akan diberikan kepada pemenang saguhati.

Cara untuk menang sangat sahaja, lagi besar perut anda, lebih besar potensi untuk anda menang.

Jadi buat lelaki di luar sana yang memiliki perut buncit, boleh la cuba sertai pertandingan ini. Mana tahu perut buncit anda itu sebenarnya membawa tuah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.