fbpx
Now Reading
Naqui Boboy Cerita Pengalaman Peminat Kelar Tangan Dihadapannya Serta Hampir Ditikam

Naqui Boboy Cerita Pengalaman Peminat Kelar Tangan Dihadapannya Serta Hampir Ditikam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut saja nama Naqui Boboy pasti ramai tahu penyanyi ini pernah menjadi kegilaan ramai gadis sekitar tahun 2000. Bintang Gegar Vaganza 2019 ini mendedahkan ada peminat yang terlalu obses dengan dirinya sehingga sanggup mencederakan diri.

Berkongsikan satu kejadian yang tidak dapat dilupakan ketika membuat persembahan di Sabah, Naqui berkata ada seorang peminat wanita datang ke arahnya sambil mengelar kedua tangannya.

“Kejadian itu berlaku selepas saya membuat persembahan di sebuah funfair di Sabah awal tahun 2000. Ada seorang peminat wanita datang ke arah saya sambil menjerit-jerit dan mengelar tangan kiri dan kanannya.

“Mujur ketika itu saya dihalang oleh orang sekeliling dan mereka membawa wanita itu untuk menerima rawatan. Dalam fikiran saya, siapakah dia. Nak kata bekas kekasih rasanya bukan. Nak kata kenal pun tak,” katanya kepada Astro Gempak.

Satu lagi detik hitam turut dikongsikan Naqiu dimana dia pernah hampir ditikam oleh seorang lelaki yang cemburu dengan kekasihnya yang terlalu taksub dengan vokalis kumpulan Boboy itu.

“Ada satu kejadian lagi seorang lelaki datang dari arah tepi dan cuba menikam saya. Tetapi pengawal peribadi saya menadah badannya dan pisau itu terkena padanya. Sampai dia dikejarkan ke unit rawatan rapi!

“Mujur peminat sekarang tidak ekstrim seperti dahulu dan menghormati saya dan keluarga, tidak bertindak keterlaluan dan melulu,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.