Now Reading
14 Anggota Polis Ditahan Kerana Miliki Air Ketum

14 Anggota Polis Ditahan Kerana Miliki Air Ketum

Seramai 14 anggota polis unit peronda (MPV) ditahan kerana memilik air ketum dalam satu serbuan yang dilakukan di tingkat 4 kawasan meletak kereta di sebuah pasar raya di Shah Alam.

Dipetik dari Harian Metro, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi ‘Ops Blue Devil’ yang dijalankan pasukan dari Jabatan Integriti dan pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotok (JSJN) Ibu Pebajat Polis Kontenjen (IPJ) Selangor pada pukul 3.55 pagi.

Sekadar gambar hiasan

Pengarah JSJB Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika dihubungi media  mengesahkan perkara berkenaan. Belia turut memakumkan,serbuan itu dibuat susulan maklumat yang diterima mengenai sekumpulan anggota polis bersama enam kereta peronda (MPV) berkumpul di situ.

“Bertindak atas maklumat itu, satu serbuan dijalankan dan pemeriksaan kemudian menemui dua botol minuman 1.5 liter disyaki mengandungi air ketum.

“Satu botol minuman berkenaan ditemui atas bonet belakang satu daripada MPV, satu lagi di bahagian bawah kenderaan,” katanya.

Kesemua 14 anggota itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sebaik ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif mengambil bahan terlarang selain tiada sebarang rekod jenayah lampau.

“Bagaimanapun, susulan penemuan cecair disyaki air ketum itu, JSJN Selangor membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Manakala JIPS Bukit Aman pula akan menjalankan siasatan tata tertib terhadap anggota berkenaan,” katanya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.