“Hello My Name Is Ismail Leon” – Rihana Oksana Dedah Wajah Anak [FOTO]

Seperti yang dijanjikan kepada pengikutnya sebelum ini, Rihana Oksana Gorbatensko bekas isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, akhirnya mendedahkan wajah anaknya, Ismail Leon di Instagram.

Foto tersebut yang dikongsi wanita berkenaan pada jam lingkungan  jam 11 pagi Sabtu telah menarik perhatian bukan sahaja rakyat Malaysia malah dari serata dunia.

Oksana  dalam posting tersebut turut memberitahu Ismail Leon kini sudah pun berusia lima bulan.

“Hello, nama saya Ismail Leon. Saya berusia lima bulan dan ibu saya sangat menyayangi saya,” tulisnya sebagai kapsyen

Di jengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Oksana berpendapat  yang wajah Leon agak comel. Ramai juga yang turut menyatakan wajanya ada seiras Sultan Muhammad V

Ada juga netizen yang mengambil kesempatan mendoakan Ismail Leon membesar sebagai anak yang soleh dan baik terhadap ibunya.

Dalam masa sama terdapat juga netizen yang mengkritik Oksana yang dianggap seperti menyimbah minyak ke dalam api apabila memuat naik foto anaknya di saat berlaku pertikaian tentang siapa bapa bayi tersebut.

Malah Oksana juga dilihat agak lantang membidas Sultan Muhammad V ketika menjawab komen para pengikutnya sedangkan Sultan lansung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai wanita berkenaan.

Bulan lalu, Oksana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky di Rusia, menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, selepas menuntut elaun bulanan sebanyak RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.

Ia selepas peguam Sultan Muhammad V, menolak dakwaan Oksana bahawa beliau merupakan bapa kepada anak mereka.

Recent Posts

  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 hour ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 hours ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

2 hours ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

6 hours ago