“Kenapa bayaran saya sama dengan Syafiq Klye?” – Faizal Hussein

Memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK2019, bagaimanapun Faizal Hussein mendedahkan namanya sering digugurkan daripada drama dan filem gara-gara bayaran dimintanya yang dikatakan terlalu tinggi.

Menurutnya, disebabkan itu juga wajahnya jarang dilihat di kaca televisyen. Ujarnya lagi, kebanyakan filem hebat akan mencarinya terlebih dahulu, namun mereka akan berubah fikiran selepas mendengar harga yang ditawarkan.

“Selalunya filem-filem hebat memang akan sampai kepada saya dahulu untuk tawaran tetapi bila dengar harga yang saya minta, mereka akan cari pelakon lain. Baru-baru ini pun nama saya sekali lagi digugurkan daripada membintangi sebuah filem besar.

“Semuanya sebab harga yang saya minta. Saya juga jarang nampak di TV disebabkan hal-hal sebegini, kalau saya minta lebih, confirm saya akan terus hilang dari industri selepas ini,” katanya kepada mStar Online.

Jelasnya lagi, bayaran yang dimintanya tidak terlalu tinggi dan setimpal dengan komitmen watak tersebut. Malah, Faizal turut mempersoalkan penerbit yang memilih untuk membayar pelakon Syafiq Kyle meskipun nilai bayaran yang sama sepertinya.

“Harga yang saya minta tu tidaklah tinggi saya, modal pakaian saya untuk malam ini sahaja dah RM7,000. Belum masuk kos-kos lain yang saya terpaksa tanggung, bayangkan betapa sedihnya perasaan saya.

“Kadang-kadang mereka ini tak tahu bagaimana cara saya bekerja dengan komitmendan begitu banyak usaha yang saya lakukan. Mereka tak hargai.

“Saya bukan muncul dalam drama setiap tahun pun, hanya dalam tempoh dua tahun sekali sahaja. Kenapa bayaran saya sama dengan Syafiq Klye sedangkan saya dah berlakon lagi lama daripada dia?” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

10 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago