fbpx
Now Reading
Peringatan! Jangan Guna ‘Hazard Lights’ Ketika Memandu Di Dalam Hujan

Peringatan! Jangan Guna ‘Hazard Lights’ Ketika Memandu Di Dalam Hujan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2448282278794963

Rasanya ramai yang sedia maklum Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 24 Oktober adalah tanda permulaan musim tengkujuh di negara kita.

Ini bermakna kebanyakan kawasan terutamanya negeri-negeri di Pantai barat bakal dilanda hujan lebat yang kerap sehingga bulan Mac

Best lah sejuk kan?

Ya sejuk tapi bagi mereka yang memandu pula, ini adalah waktu yang  sukar untuk anda menyusuri jalan dengan cuaca sebegini, jadi ramai yang mengambil  ‘pendekatan tambahan’ dengan menggunakan lampu kecemasan supaya kenderaan lain dapat melihat mereka terutamanya sewaktu berdepan hujan lebat.

Namun tahukah anda tindakan itu sebenarnya adalah salah dan amat membahayakan bukan sahaja kepada diri anda malah kepada pengguna jalanraya yang lain.

Nak tahu kenapa?

Akibat daripada menyalakan lampu kecemasan semasa hujan lebat, kemalangan mungkin boleh terjadi kerana pengguna lain tidak dapat memastikan sama ada kenderaan anda sedang bergerak atau pun kenderaan anda tidak bergerak atau sedang berhenti.

Lebih teruk lagi, fungsi signal kenderaan anda juga akan terhalang apabila anda hendak menukar lorong. Betul kan?

Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan fog lamp pada bahagian belakang boleh digunakan bagi membantu penglihatan yang lebih jelas kepada kenderaan anda.

Jadi ingat ya! Jangan gunakan lampu kecemasan anda! Gunakan lampu fog lamp di belakang kenderaan sebagai alternatif.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.